Pelbagai peristiwa suka dan duka dalam usia perkahwian yang akan mencapai setahun 25 Oktober ini. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi.
"Allah ingin menguji".
Setelah hampir menjangkau 5 bulan usia perkahwinan kami, aku disahkan mendapat cyst yang boleh dikatakan agak teruk dan terpaksa menjalani pembedahan dengan segera. 24 Oktober pembedahan untuk menbuang cyst tersebut dilakukan. Alhamdulillah semuanya selamat. Selepas itu aku terpaksa mendapatan suntikan LUCRIN setiap bulan (selama 6 kali) untuk menberhentikan seketika "period". Ini bermakna selama 6 bulan tidak akan datang bulan. Aku Redho...
2 Oktober...
Bila mana terdengarnya azan Maghrib berkumandang... telefon aku pun berbunyi dan aku mendapat panggilan yang suami aku kemalangan dan terus dibawa ke Hospital Putrayaja. Alahamdulillah semuanye selamat cuma paha sebelah kanan patah dan bibirnya pecah. Selama seminggu aku menghuni hospital. Setiap hari aku mesti berada disampingnya untuk menyuapkan makanan dan minuman termasuklah menjaga "proses pembuangannya". Aku bersyukur kerana dapat menjaga dia sepenuhnya. Aku dah cuba menjaganya dengan sebaik mungkin. Mungkin ada kekurangannya tapi aku tak pasti. Setiap hari kelopak mata aku akan bergenang dengan air mata, apakah nasibku ini. Kesabaran dan ketabahan hatiku Allah menduga. "Ramai lagi orang yang lebih teruk daripada aku". Hanya kata2 itu sajalah yang menguatkan semangat aku untuk menempuhi dugaan. Setelah seminggu suamiku dibenarkan pulang. Nasib ada rakannya membantu untuk bawa suami ku pulang ke rumah. Terima kasih Mat & isteri.
Sudahlah diawal perkenalan kami suami ku telibat dengan kemalangan di Lebuhraya dekat Hentian Lancahang. Walaupun keadaan keretanya sangat teruk tetapi alhamdulillah dia tidak mengalami kecederaan.
21 Oktober...
Hari ini adalah kali terakhir untuk mendapatkan suntikan LUCRIN. Sepatutnya suamiku ikut sekali tetapi memandangkan keadaan dia yang masih belum mengizinkan maka aku pergilah sorang2. Doktor scan dan menerangkan serba sedikit:-
-Doktor scan n keadaan ok tapi ada sedikit macam cyst. ( Doktor kata mungkin disebabkan suntikan)
-Doktor bagi tempoh selama 4 bulan untuk aku mengandung secara sendiri tanpa bantuan.
-Selepas 4 bulan jika masih belum mengandung, doktor akan bantu dengan ubat kesuburan.
- Masih tidak berjaya doktor akan suntik dengan sejenis cecair ke dalam Tiub Folopio untuk di X-Ray.
-Sekiranya tiada masalah doktor akan buat IUI (jika tidak tersumbat)
- Doktor menberi aku tempoh 2 tahun untuk mengandung.
-Jika tersumbat....
27 Oktober
Aku akan membawa suamiku untuk X-Ray dan berjumpa dotor untuk mengetahui perkembangan tulang pahanya. Harap-harap tulangnya dah elok bercantum dan pulih serta boleh berjalan seperti dulu.
25 Oktober 2009 (Ahad)
Genap setahun perkahwian kami. Moga aku dan suami tabah menharungi dugaan dan cabaran ini. Doakan perkahwinan kami bahagia hingga ke akhir hayat kami.
Dari dugaan ini aku telah belajar erti sabar dan redho.
"Semoga segala ujian dan dugaan yang ditempuhi sedikit sebanyak dapat menggugurkan dosa-dosa yang lalu"




2 ulasan:
saba ea kak sue....nik ase nk nanges bce mende neh..setiap mnusia ade dugaan masing2...harap kite tabah n redha dengan semua nie..ade hikmahnye semua dugaan yg Tuhan beri..
dugaan dan rahmat datang dalam macam2 bentuk. keluarga kita selalu diduga dengan dengan sakit yang macam2, tapi kita dirahmati pula dengan kesenangan hidup yang lain. balance la tu kan...
moga madi cepat sembuh. jadi ke nak g berarak ke gelanggi?
Post a Comment