Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

????????

on Tuesday, December 8, 2009

"buat masa ni yg tk pernah sakit abah sorang je kan... mungkin pahala dia jadik imam membimbing orang bertahun-tahun lebih sampai Allah bayar cash kat dunia nih... Semoga abah, mak ngah, mak, kak, abg atan, ngah, abg ngah, jay, along, ya, madi, adam, haziq, hud dan wawa sentiasa dirahmati Ilahi... amin...."

Kata-kata daripada sepupu aku.

5 Julai 2000 hari lahir mak yang ke 47 tahun. Tapi... sehari sebelum itu (4 Julai ) mak pergi meninggalkan kami semua. Pergi untuk selama-lamanye. Walaupun aku sempat menjaganya tapi belum puas sebab masa tu fikiran aku belum matang walaupun sudah berusia sekitar 19-20 tahun. Masa tu juga aku belajar di PSA. Mak seorang ibu yang sangat baik. Apa yang aku nak mak selalu bagi. Kadang2 mak selalu jugak marah (masa kecik2 la). Panyakit mak mungkin dikesan agak lambat. Disebab penyakit itu lah mak dah dibedah 3x. Dan rawatan susulan yang sgt2 menyakitkan. Abah tabah menjaga mak. Tapi usianya tak panjang. Aku sentiasa berdoa semoga roh arwah mak ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan diampunkan segala dosa2nya. Insyallah.


"KANSER"

Semua orang tahu kan apa akan jadi kalau ade penyakit tu. Disebabkan penyakit itulah mak meninggal.

Kini...

Penyakit yang sama juga menyerang mak tiri aku. Walaupun telah dibuang dan menjalani ke semua rawatan, sel2 kenser datang balik. 8 Disember dapat tahu yang sel kenser dah sampai ke paru2 dan otak. Hari ini juga masuk wad HKL dan buat radiotrapi. Semoga mak ngan abah tabah menhadapi dugaan ini. Untuk sembuh 100%.........?????


Moga Mak & Abah tabah...